Wednesday, 13 November 2013

Norfarhan Bersama Terengganu

Bintang sayap sensasi Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dia kini milik Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).

Norfarhan yang terkenal dengan jolokan ‘Ben 10′ berkata, perpindahan ke negeri kelahirannya, Terengganu bukan disebabkan faktor ‘wang’ tetapi atas sebab keluarga.

Katanya, sudah sampai masanya untuk berbakti di negeri sendiri setelah berkelana bersama pasukan lain sejak sekian lama.

“Saya sahkan saya kini milik PBSNT tetapi untuk beraksi dengan pasukan Terengganu atau T-Team ia masih belum diputuskan dan saya menunggu keputusan daripada Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk memutuskannya.

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI: TerengganuToday

Muzium Terengganu

Ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.

Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.

Ekoran daripada itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi :" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "

Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.

Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Enakmen Bil 9/ 1976 ).

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.

Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.

Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

KTCC

Kuala Terengganu City Centre

ISTIDRAJ

Sumber: Dr. Nazif

Terengganu meraih kemenangan peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Jelajah Borneo 2013

KOTA KINABALU - Selepas dua peringkat gagal melakukannya, pakar pecut negara Mohd Hariff Salleh akhirnya meraih kemenangan pada peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Jelajah Borneo 2013 hari ini. Pelumba berusia 24 tahun daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) ini memberikan sepenuh tenaga untuk meloloskan diri dalam pemecutan kelompok besar ke garisan penamat. Beliau menamatkan saingan peringkat ketiga dari Penampang ke Kota Kinabalu sejauh 132.6km dengan mencatat masa 3 jam, 20 minit dan 39 saat. Sementara pelumba Synergy Baku Cycling Team, Anuar Manan dan abang kepada Mohd Hariff iaitu Mohd Zambri yang juga mewakili TSG, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama. "Saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana hari ini memang saya sasar untuk mendapatkan kemenangan podium dengan persediaan yang tidaklah begitu baik memandangkan baru sahaja lepas puasa dan hari raya. "Jadi persiapan untuk Jelajah Borneo ini tidaklah begitu baik.

Perlumbaan di sini pun banyak melalui kawasan berbukit. Untuk peringkat pertama dan kedua lepas, saya buat macam sedang membuat latihan untuk saya membina kekuatan untuk menghadapi peringkat-peringkat perlumbaan yang berikutnya," kata Mohd Hariff. Beliau berkata beliau agak kecewa kerana tidak dapat melakukan yang terbaik semalam (peringkat kedua) selepas basikalnya mengalami kerosakan gear elektronik. "Akibat daripada itu, saya terpaksa menggunakan basikal gantian yang agak tidak selesa. Hari ini saya dapat menggunakan balik basikal saya, jadi saya rasa agak serasi," katanya. Sementara itu henjutan bertenaga di garisan penamat membolehkan Anuar Manan berada selesa untuk terus memakai jersi hijau selaku Raja Pecut setakat ini dengan 44 mata. Mengekori di belakang beliau ialah pelumba Iran, Mehdi Sohrabi daripada Tabriz Petrochemical Team dan pelumba Australia, Paul Van Der Ploeg daripada Team Corbusier, masing masing memperoleh 28 dan 27 mata. "Dengan tahap kecergasan yang hanya 50-50, saya gembira sebab berjaya mendapat tempat kedua dan menaiki podium hari ini.

Namun untuk peringkat esok, saya hanya akan biarkan pakar pendakian yang bekerja dan saya akan cuba untuk mendapatkan kemenangan peringkat pada peringkat terakhir. "Untuk perlumbaan hari ini, TSG mempunyai kelebihan apabila seorang pelumba mereka berada bersama-sama Mehdi dihadapan. Jika saya terlewat membuat percaturan, peringkat ini akan dimenangi salah seorang pelumba TSG ataupun Mehdi," kata Anuar Manan. Sementara itu, Mehdi terus mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru selaku pelumba terbaik Asia dengan mengumpul 10:44:27s selepas menamatkan tiga peringkat. Bagaimanapun, pemilik jersi merah (Raja Bukit) bertukar tangan dan kali ini menjadi milik pelumba Indonesia, Endra Wijaya daripada pasukan Customs Cycling Club. Selepas saingan hari ini, hanya 98 daripada 101 pelumba akan meneruskan cabaran peringkat keempat selepas tiga lagi pelumba tidak dapat menamatkan saingan (DNF). Peringkat keempat esok dari Kota Kinabalu ke Kudasang sejauh 147.1km memberi peluang kepada pakar pendakian mempamerkan kekuatan mereka menakluki Banjaran Crocker, yang melibatkan dua zon pendakian kategori satu di Gunung Emas dan Kundasang. - Bernama Sumber : Sinar Harian

Kejohanan Pencak Silat Terbuka Ho Chi Minh, Vietnam

Seramai 8 pesilat Terengganu mengambil bahagian dalam Kejohanan Pencak Silat Terbuka Ho Chi Minh, Vietnam. Kejohanan ini berlangsung pada 13-18 Ogos 2013. Penyertaan ke kejohanan ini adalah untuk menimba pengalaman pertandingan peringkat antarabangsa sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah kelab-kelab pencak silat seluruh Ho Chi Minh, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Pasukan Kebangsaan Vietnam, Singapura dan Terengganu. Sumber : A. Zulkifli bin Mohamme

Keputusan penuh pemilihan Pemuda UMNO Kemaman


KEPUTUSAN PEMILIHAN JK PEMUDA UMNO KEMAMAN 2013/2016
Ketua Pemuda Kemaman 2013/16
Ketua Pemuda
1. Ahmad Fikry bin Ibrahim - 302 undi
2. Mohd Hazarul Ifdaz - 67 undi

  



Naib Ketua Pemuda Kemaman
Naib Ketua      
1. Mohd Fauzi bin Mat Adam (Menang tanpa bertanding)                                
                                                          
AJK  (15 orang)
  
1. Amizu bin Mohd Noor- 286
2. Che Ku Mohd Sufian Bin Che Ku Long-285
3. Zaidi Bin Mat-277
4. Zulkefli Bin Abu Bakar-277
5. Muhammad Faiz Bin Idris-270
6. Jeffri bin Mohamad-268
7. Che Wan Abdul Ghani Bin Che Wan Abu Bakar-262
8. Marwari Bin Mohamad-252
9. Mohd Hanafi Bin Rahman-251
10. Mohd Aidi Bin Johar-237
11. Khairul Amin Bin Haron-231
12. Yusmawi Bin Yusoff-218
13. Mohd Yusri Bin Mohd Zaki-216
14. Nazmi Bin Abdl Ghani-193
15. Mohamad Norzaidi Bin Ab Majid-185

Pengerusi Tetap
1. Che Ku Yusuf (Menang Tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Tarmizi Johar (Menang Tanpa bertanding)

G2 (Menang Tanpa bertanding)
1. Amizu bin Mohd Noor
2.Che Ku Mohd Sufian Bin Che Ku Long

Ashaari kekal bersama Terengganu

26 September 2013: Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, turut dikekalkan dalam pasukan itu ialah pemain import Vencet Vikana.

"Terengganu masih memerlukan khidmat dan tenaga Ashaari untuk memantapkanpasukan manakala Vikana pula telah memberikan sumbangan besar kepada pasukan Terengganu sepanjang Liga Malaysia musim ini," katanya.

Marzuki berkata, selain itu, pihaknya telah selesai membuat penilaian prestasi pemain-pemain skuad Terengganu dan pengumuman mengenai perkara itu akan di buat apabila jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bermesyuarat minggu depan.

"Mesyuarat itu akan dipengerusikan Yang Dipertua PBSNT yanga baharu Datuk Wan Mohd Nizam Wan Hamid," katanya kepada Bernama.

Ditanya mengenai laporan akhbar kononnya Terengganu melamar ketua pasukanKelantan Mohd Badhri Radzi untuk musim depan, beliau berkata: "Biarlah kita senyapkan dulu perkara itu". - Bernama

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu ialah ibu negeri dan juga bandar diraja negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar raya pada 1 Januari 2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk seramai 406,317[1] pada tahun 2010. Namanya bererti muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.

Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.

Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.

Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.

Pasar Payang


Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu.

Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.